Monday, November 24, 2008

antoo fighter!! best wo!!



Nak tengok ke filem antoo fighter? rasanyer kita semua kena tengok la kot..waalaupun sibuk ngan induksi ni, tapi tak melepaskan peluang nak tau citer yang mcm best nie...citernyer lebih kurang best ler cam citer barat..ha..ha...citernyer camni....Apa yang akan terjadi, Apabila seorang lelaki yang sentiasa huru-hara hidupnya. Tapi telah dipilih oleh takdir untuk menjadi superhero yang menyelamatkan dunia?. Dan dalam usaha untuknya itu , beliau bersama-sama teman-teman yang poyo dan naif ,harus menjadi satu kumpulan Superhero yang berani. Hasil gabungan mereka inilah menjadi sebuah cerita yang membuatkan korang smua pasti tidak kering gusi ketawa.ha..ha...ha..(sambil ketawa la ni...)

Antoo Fighter ni sebuah filem komedi serius dari pengarah berbakat iaitu saudara Azizi 'Chunk'. Dia guna teknik CGI hampir sebanyak 70 peratus. fuh!!dasat tu...Antoo Fighter ,ni kira kelahiran semula kepada filem-filem lama yang menjadikan tema 'HANTU ',sebagai tema untuk melihat kebaikan melawan kejahatan. Tetapi dalam masa yang sama menjadi modal bahan jenaka.memang lawak tahap cipan wei!!

Jalan ceritanya amat mudah, iaitu tentang sekumpulan Makhluk dan Hantu-hantu dizaman dahulu yang diketuai Drakulat Van Listerooy, kembali mengganas dan bermaharajalela dizaman ini selepas mereka terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu. Namun kejahatan hantu-hantu menjadi bahan ketawa, apabila melihat kejahatan mereka dipenuhi dengan sifat jenaka dan kedunguan.nak tau seterusnya??mana bleh...g beli tiket tgk ler sendiri...bukan mahalpun..(promosi nie..)k lah...kalau dah tgk nanti jgn lupa komen yer..bye..tata titi tuu.wassalam..

Thursday, September 11, 2008

Assalamualaikum...

Salam...minggu depan minggu terakhir saya akan bersama-sama dengan warga SKSG.Ye lah..next week last praktikum..sedih la pulak rasanya meninggalkan tempat yang mula-mula saya mencurah bakti..pasti kenangan bersama akan menjadi kenangan terindah dalam hidup saya..saya akan menggunakan semua pengalaman yang telah saya perolehi untuk kegunaan dimasa hadapan.Buat Warga SKSG,terima kasih atas segala sokongan yang telah anda berikan.Kalau ada kekasaran yang tidak disengajakan mohon ampun & maaf sempena bulan ramadhan ni.Semoga persahabatan&perkenalan kita tidak berhenti disini.InsyaAllah..wassalam

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan al-mubarak...

Ahlanwasahlan ya Ramadhan!!!
Salam kawan-kawan i yang i selalu ingati...macamana dengan kehidupan kalian?hope bulan Ramadhan kali memberikan keinsafan kepada kita semua..ambil lah peluang dibulan yang mulia ini untuk kita sama-sama menambah amal ibadat kita.bukan selalu setahun sekali jer...insaf-insafkan lah diri...kita nie semuakan pemimpin dimasa depan.yang paling dekat kita nie pemimpin kepada keluarga,sekolah dan masyarakat.Bagi yang dah kawin plak kita nielah pemimpin pada anak-anak dan juga isteri kita..Bagi yang macam i nie,coming soon akan alami juga...he..hee...hope i boleh mendidik isteri i dengan baik dan beristiqamah.So sama-samalah kita memperbanyakkan amal ibadat untuk memperbaiki diri kita.PERCAYALAH,LELAKI YANG BAIK HANYA UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK..SO UNTUK MENDAPAT PEREMPUAN YANG BAIK KITA PERLU JADI BAIK DAHULU...Fikir-fikirkan & renung-renungkan.... wassalam

Sunday, August 31, 2008

Salam Merdeka..


SELAMAT HARI KEMERDEKAAN..

Malam tadi i jadi juri untuk pertandingan mewarna dan karaoke sempena sambutan kemerdekaan.penat giler!!sampai tak teringat kat member-member...Tu la kadang-kadang kita ni terlalu sibuk dengan urusan dunia sampai terlupa mereka yang disekeliling kita.Jadi i nak nasihatkan pada you all semua jangan lah kita lupa pada mereka-mereka yang banyak berjasa kepada kita.Especially pada mereka yang telah berjuang untuk kemerdekaan kita pada hari ini.

Tak lupa pada mereka-mereka yang kita sayangi..kadang-kadang kita lupa pada mereka...Jangan menyesal jika suatu hari kita kehilangan mereka..Pada masa tu baru lah kita sedar yang sebenarnya kita memerlukan mereka...sedangkan pada waktu sekarang kita seolah-olah tidak memerlukan mereka...nasihat ni pun i tujukan buat diri i juga...so hargailah orang-orang disekeliling anda yang anda sayangi sebelum mereka pergi meninggalkan anda.... MERDEKAKAN DIRI DAN PEMIKIRAN ANDA..WASSALAM

Saturday, August 30, 2008

Cikgu-cikgu Merdeka!!!


Ni lah barisan guru-guru tempat i praktikum...amacam??o.k tak?

Wednesday, August 27, 2008

MY BIRTHDAY....



Salam..today is my birthday ( 27 august 2008)..!!!saja jer nak inform kat semua..he..he..jgn marah ye...apa salahnya setahun sekalikan....doakan semoga i sentiasa berada dibawah lindungannya.tgk la apa hadiah yang i dapat tahun ni..set tie tau..cantik tak?k,i jugak doakan agar kalian semua sentiasa bahagia dengan kehidupan kalian ....take care.wassalam

Tuesday, August 26, 2008

suka duka LDP...






Salam..ni la kursus yang kami hadiri di sek.keb.Sungai Galah.Walaupun penat nak wat RPH,persediaan nak wat BBM,kami still hadir untuk menuntut ilmu buat persediaan dimasa hadapan...buat kawan-kawan jangan lupakan kenangan manis kita di SKSG...