Thursday, March 5, 2009

ABM / BBM bagi kelas KIA....




Alat bantu mengajar atau bahan bantu mengajar amat penting dalam memberi impak yang berkesan terhadap P&P ( Pengajaran dan pembelajaran). Disini teman nak kongsi satu ttg ABM iaitu kad imbasan yang boleh dilihat,dipegang dan dirasa oleh murid.Senang jer mungkin ramai yang telah membuatnya,tapi teman saja nak tunjuk kot-kot baru terfikir nak buat,so bleh ler buat cam yang teman buat.Tak banyak bahan pun.Cuma menggunakan mounting board,kertas warna dan juga tali bersaiz sederhana.Potong mounting board kepada bentuk segi4 sama,kemudian gunting kertas warna menjadi huruf-huruf yang dikehendaki .kemudian tampal huruf-huruf( kertas warna yang telah dipotong) diatas mounting board.Last sekali gam kan tali mengikut bentuk huruf tersebut.Hasilnya adalah seperti diatas.Kelebihan kad imbasan ini adalah membolehkan murid merasa bentuk-bentuk huruf dengan menggunakan tangan.Ini akan menguatkan lagi daya ingatan mereka selepas mereka mempelajari huruf-huruf tersebut.Selamat mencuba!!!

7 comments:

Unknown said...

ada info dan idea baru...
terima kasih....

CIKGU AZIZUL..... said...

terima kasih en.jinggo..ramai dah yang guna..saya cuma berkongsi..apa-apa pun sama-sama.

ASYIQ said...

cikgu,

Syabas, kita sebagai guru kena selalu share bahan, untuk memartabatkan profesion perguruan.

Teruskan usaha murni tu. Sy pun dh link blog ckgu.

su said...

bagus ABM nih cikgu..

sy pon ajar budak tahun 1 ni..tp program elite lah sbb sy ajar math...

Fly said...

"سلامت مڽمبوت مولداوررسول 12 ربيع اول 1430 كڤد سلوروه اومت اسلام د سلوروه دنيا"

Safiya said...

SIMPLE DAN BERKESAN ... CIKGU BOLEH SAYA IKUT ? UNTUK KANAK-KANAK TABIKA SAYA ... SAYA AKAN SELALU IKUTI BLOG CIKGU.

MUDAH-MUDAHAN KITA BOLEH TERUS SHARE BAHAN P&P

Nani Aziz said...

Salam... saya suka idea yg cikgu bg tu. thanks sbb sudi kongsi. sy bru nak mengajar kelas KIA2M ni. byk lg benda yg xtahu. dah biasa ngajar thn 6 ttb kena turun ke thn 2. kelam kabut juga. hopefully cikgu boleh share byk lg idea menarik utk BBM ni ^__^