Saturday, June 13, 2009

Makan angin...???






Cuti sekolah baru nie,balik semenanjung sempat gak menghirup udara laut kat negeri perak ni..sambil2 tue belikan ole2 buat teman2 guru sekolah kat niah nie...tak ketinggalan utk anak2 murid kat sini...so,ujung tahun nanti baru balik semula kat sini...k semua...jaga diri,buat kawan2 kat sini, terimalah apa yg diberi dgn hati yg terbuka..ahakss...ikhlas tu!!! berat bawak ole2 naik 'belon' tue...

Friday, May 15, 2009

Thursday, March 5, 2009

ABM / BBM bagi kelas KIA....




Alat bantu mengajar atau bahan bantu mengajar amat penting dalam memberi impak yang berkesan terhadap P&P ( Pengajaran dan pembelajaran). Disini teman nak kongsi satu ttg ABM iaitu kad imbasan yang boleh dilihat,dipegang dan dirasa oleh murid.Senang jer mungkin ramai yang telah membuatnya,tapi teman saja nak tunjuk kot-kot baru terfikir nak buat,so bleh ler buat cam yang teman buat.Tak banyak bahan pun.Cuma menggunakan mounting board,kertas warna dan juga tali bersaiz sederhana.Potong mounting board kepada bentuk segi4 sama,kemudian gunting kertas warna menjadi huruf-huruf yang dikehendaki .kemudian tampal huruf-huruf( kertas warna yang telah dipotong) diatas mounting board.Last sekali gam kan tali mengikut bentuk huruf tersebut.Hasilnya adalah seperti diatas.Kelebihan kad imbasan ini adalah membolehkan murid merasa bentuk-bentuk huruf dengan menggunakan tangan.Ini akan menguatkan lagi daya ingatan mereka selepas mereka mempelajari huruf-huruf tersebut.Selamat mencuba!!!

Saturday, February 28, 2009

KIA 2M...



Salam unTuk semua.Disini ada sedikit informasi tentang KIA 2M yang saya ambil dari sebuah laman web.Jadi perkongsian ini diharap dapat membantu sedikit sebanyak tentang KIA 2M.


Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas.

Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

Fokus Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut:


percalonan

ujian penapisan

perancangan

pengajaran

penilaian

tindakan susulan


Carta alir Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)

Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)

Setelah melalui proses pencalonan dan ujian tapisan kemasukan, maka guru-guru yang telah dipilih untuk mengendalikan kelas ini perlulah merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan modul pengajaran yang telah disediakan.

Berdasarkan modul berkenaan juga guru-guru boleh menyesuaikan aktiviti dan latihan yang dicadangkan mengikut tahap keupayaan murid masing-masing. Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian.

a. Berpusatkan Guru

Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.

b. Berpusatkan Murid

Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.

c. Berpusatkan Bahan

Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.

Pendekatan

Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.

*Pendekatan secara kelas

Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.

*Pendekatan secara berkumpulan

Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid

Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.


*Pendekatan secara individu

Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.

Teknik

Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif.

Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru.

Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:

teknik bercerita

teknik latih tubi

teknik tunjuk cara

teknik bersoal jawab

teknik main peranan

teknik menyanyi

teknik lakonan

teknik kuiz

Rancangan Pengajaran Secara Kumpulan


kumpulan

cepat

sederhana

lambat

langkah 1

interaksi guru

secara

kelas

langkah 2

kerja bertulis

interaksi guru

secara kumpulan kecil

langkah 3

pengukuhan

kerja bertulis

interaksi guru secara indiv

Bahasa Melayu Merentas Kurikulum
Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan.

Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.

Pendidikan Jasmani Kesihatan:

1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan.

2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan.

3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola berabjad/ suku kata.

Pendidikan Muzik:

1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak.

2. Pergerakan berirama

3. Bunyi-bunyian berirama

Pendidikan Seni:

1. Binaan - menggunakan "play dough', plastesin dsb. membentuk abjad.

2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata.

3. Capan - mengecap bentuk.

4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj.

Kesimpulan

Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkannya memahami sesuatu konsep.

Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yang disampaikan dengan lebih baik.

Sunday, February 22, 2009

Berkongsi maklumat & idea....

Assalamualaikum..bagaimana keadaan disana??harap semuanya ok belaka..teman kat sini ok..tapi sedikit tak sihat,memandangkan cuaca yang tak menentu..lagipun baru lepas beberapa perlawanan bola sepak peringkat zon..penat melatih budak-budak masih terasa..dan masih tak lupa penat waktu banjir disekolah hari tu.masih segar diingatan.
Cuma ingin menyatakan kepada yang diluar sana,kalau ada apa-apa sumber yang boleh kita kongsi,teman harap boleh kita sama-sama berkongsi.terutamanya tentang KIA 2M dan jugak ttg pengajaran BAHASA MELAYU..
Bagi anak-anak muridku,boleh berkongsi apa juga permasalahan disini,apa yang cikgu dapat bantu,pasti cikgu bantu.oklah,cukup setakat ini.buat yang disana,jaga diri...teman disini alhamdulillah.masih dalam penyesuaian dengan keadaan disini..wassalam

Wednesday, January 28, 2009

Salam dari bumi Sarawak...

Apa khabar semua...dah lama tak update blog nie...al-maklumler....tapi sekarang nie senang skit coz dah ada broadband...so bolehler tahu ttg berita2 semasa..kat sini teman dipostingkan di S.K. Kita, Niah Sarawak....dekat ngan gua niah...ramai guru2 semenanjung jugak...al-kisahnyer,ramai guru perempuan..just teman dan guru besar jer yg lelaki...maka bnyaklah t/jawab yg terpikul dibahu ni...diarahkan mengajar b.melayu dan jugak memegang kelas KIA....fuh berpeluh gak ler...kat sini lebih kurang 200 murid jer...akan tetapi kalau hujan tu,lebih kurang 100 jer yg hadir...kat sini semuanya berbangsa Melayu dan jgk berketurunan Iban...oklah..setakat nie dulu...nanti kalau ada apa2 lagi,teman bagitau yer...salam rindu buat semua....

Saturday, January 3, 2009

Kasih tercipta....

Biarkan burung terbang bebas
Jangan sangkarkan ia
Jika ia terbang.. Biarkan ia terbang tinggi-tinggi.. dan jauh..
Berikan kebebasan padanya

Mungkin ia mahu ke penjuru sana
Biarkan..
Biarkan ia terbang bebas
Terbang dengan riangnya

Cuma
Temani burung itu
Walaupun dari jauh
Perhatikan ia
Jangan biarkan ia jatuh
Jangan biarkan ia terluka
Jangan biarkan burung itu tak berdaya untuk terbang
Terbang tinggi-tinggi.. dan jauh..

Jika burung itu terluka
Segera ubatinya
Jika ia dalam kesedihan dan menangis
Sapukan airmatanya dengan lembut
Hiburkan hatinya
Damaikan perasaannya

Percayalah
Jika burung itu pulang jua
Pulang ke pangkuanmu
Itu tandanya
Burung itu.. masih dan tetap sayang padamu..