Saturday, June 13, 2009

Makan angin...???






Cuti sekolah baru nie,balik semenanjung sempat gak menghirup udara laut kat negeri perak ni..sambil2 tue belikan ole2 buat teman2 guru sekolah kat niah nie...tak ketinggalan utk anak2 murid kat sini...so,ujung tahun nanti baru balik semula kat sini...k semua...jaga diri,buat kawan2 kat sini, terimalah apa yg diberi dgn hati yg terbuka..ahakss...ikhlas tu!!! berat bawak ole2 naik 'belon' tue...

Friday, May 15, 2009

Thursday, March 5, 2009

ABM / BBM bagi kelas KIA....




Alat bantu mengajar atau bahan bantu mengajar amat penting dalam memberi impak yang berkesan terhadap P&P ( Pengajaran dan pembelajaran). Disini teman nak kongsi satu ttg ABM iaitu kad imbasan yang boleh dilihat,dipegang dan dirasa oleh murid.Senang jer mungkin ramai yang telah membuatnya,tapi teman saja nak tunjuk kot-kot baru terfikir nak buat,so bleh ler buat cam yang teman buat.Tak banyak bahan pun.Cuma menggunakan mounting board,kertas warna dan juga tali bersaiz sederhana.Potong mounting board kepada bentuk segi4 sama,kemudian gunting kertas warna menjadi huruf-huruf yang dikehendaki .kemudian tampal huruf-huruf( kertas warna yang telah dipotong) diatas mounting board.Last sekali gam kan tali mengikut bentuk huruf tersebut.Hasilnya adalah seperti diatas.Kelebihan kad imbasan ini adalah membolehkan murid merasa bentuk-bentuk huruf dengan menggunakan tangan.Ini akan menguatkan lagi daya ingatan mereka selepas mereka mempelajari huruf-huruf tersebut.Selamat mencuba!!!

Saturday, February 28, 2009

KIA 2M...



Salam unTuk semua.Disini ada sedikit informasi tentang KIA 2M yang saya ambil dari sebuah laman web.Jadi perkongsian ini diharap dapat membantu sedikit sebanyak tentang KIA 2M.


Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas.

Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

Fokus Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut:


percalonan

ujian penapisan

perancangan

pengajaran

penilaian

tindakan susulan


Carta alir Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)

Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)

Setelah melalui proses pencalonan dan ujian tapisan kemasukan, maka guru-guru yang telah dipilih untuk mengendalikan kelas ini perlulah merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan modul pengajaran yang telah disediakan.

Berdasarkan modul berkenaan juga guru-guru boleh menyesuaikan aktiviti dan latihan yang dicadangkan mengikut tahap keupayaan murid masing-masing. Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian.

a. Berpusatkan Guru

Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.

b. Berpusatkan Murid

Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.

c. Berpusatkan Bahan

Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.

Pendekatan

Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.

*Pendekatan secara kelas

Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.

*Pendekatan secara berkumpulan

Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid

Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.


*Pendekatan secara individu

Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.

Teknik

Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif.

Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru.

Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:

teknik bercerita

teknik latih tubi

teknik tunjuk cara

teknik bersoal jawab

teknik main peranan

teknik menyanyi

teknik lakonan

teknik kuiz

Rancangan Pengajaran Secara Kumpulan


kumpulan

cepat

sederhana

lambat

langkah 1

interaksi guru

secara

kelas

langkah 2

kerja bertulis

interaksi guru

secara kumpulan kecil

langkah 3

pengukuhan

kerja bertulis

interaksi guru secara indiv

Bahasa Melayu Merentas Kurikulum
Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan.

Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.

Pendidikan Jasmani Kesihatan:

1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan.

2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan.

3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola berabjad/ suku kata.

Pendidikan Muzik:

1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak.

2. Pergerakan berirama

3. Bunyi-bunyian berirama

Pendidikan Seni:

1. Binaan - menggunakan "play dough', plastesin dsb. membentuk abjad.

2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata.

3. Capan - mengecap bentuk.

4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj.

Kesimpulan

Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkannya memahami sesuatu konsep.

Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yang disampaikan dengan lebih baik.

Sunday, February 22, 2009

Berkongsi maklumat & idea....

Assalamualaikum..bagaimana keadaan disana??harap semuanya ok belaka..teman kat sini ok..tapi sedikit tak sihat,memandangkan cuaca yang tak menentu..lagipun baru lepas beberapa perlawanan bola sepak peringkat zon..penat melatih budak-budak masih terasa..dan masih tak lupa penat waktu banjir disekolah hari tu.masih segar diingatan.
Cuma ingin menyatakan kepada yang diluar sana,kalau ada apa-apa sumber yang boleh kita kongsi,teman harap boleh kita sama-sama berkongsi.terutamanya tentang KIA 2M dan jugak ttg pengajaran BAHASA MELAYU..
Bagi anak-anak muridku,boleh berkongsi apa juga permasalahan disini,apa yang cikgu dapat bantu,pasti cikgu bantu.oklah,cukup setakat ini.buat yang disana,jaga diri...teman disini alhamdulillah.masih dalam penyesuaian dengan keadaan disini..wassalam

Wednesday, January 28, 2009

Salam dari bumi Sarawak...

Apa khabar semua...dah lama tak update blog nie...al-maklumler....tapi sekarang nie senang skit coz dah ada broadband...so bolehler tahu ttg berita2 semasa..kat sini teman dipostingkan di S.K. Kita, Niah Sarawak....dekat ngan gua niah...ramai guru2 semenanjung jugak...al-kisahnyer,ramai guru perempuan..just teman dan guru besar jer yg lelaki...maka bnyaklah t/jawab yg terpikul dibahu ni...diarahkan mengajar b.melayu dan jugak memegang kelas KIA....fuh berpeluh gak ler...kat sini lebih kurang 200 murid jer...akan tetapi kalau hujan tu,lebih kurang 100 jer yg hadir...kat sini semuanya berbangsa Melayu dan jgk berketurunan Iban...oklah..setakat nie dulu...nanti kalau ada apa2 lagi,teman bagitau yer...salam rindu buat semua....

Saturday, January 3, 2009

Kasih tercipta....

Biarkan burung terbang bebas
Jangan sangkarkan ia
Jika ia terbang.. Biarkan ia terbang tinggi-tinggi.. dan jauh..
Berikan kebebasan padanya

Mungkin ia mahu ke penjuru sana
Biarkan..
Biarkan ia terbang bebas
Terbang dengan riangnya

Cuma
Temani burung itu
Walaupun dari jauh
Perhatikan ia
Jangan biarkan ia jatuh
Jangan biarkan ia terluka
Jangan biarkan burung itu tak berdaya untuk terbang
Terbang tinggi-tinggi.. dan jauh..

Jika burung itu terluka
Segera ubatinya
Jika ia dalam kesedihan dan menangis
Sapukan airmatanya dengan lembut
Hiburkan hatinya
Damaikan perasaannya

Percayalah
Jika burung itu pulang jua
Pulang ke pangkuanmu
Itu tandanya
Burung itu.. masih dan tetap sayang padamu..

Sunday, December 28, 2008

Di Sarawak?



Assalamualaikumm..harap semua dalam keadaan okey ler hendaknyer..teman adalah salah seorang yang bertuah sbb akan ditempatkan di negeri sarawak...alhamdulillah...walaupun jauh harapnyer teman dapat melakukan yg terbaik buat bakal anak-anak didik teman....surat tak dapat lagi,tapi udah semak melalui internet..ke sarawak ler nampaknyer..Habis satu kelas kat maktab dulu dapat ke Sarawak...doakan pemergian teman yer.hope dapat melaluinyer dengan tabah...InsyaAllah...kepada yg disemenanjung,jgn bersedih dgn pemergian ini..anggaplah ini satu perjuangan yg belum selesai.he...he...k,take care..doa untuk teman disini...wassalam...

Monday, December 8, 2008

R U ReAdY tO rOcK???


Kalo di ikutkan pasukan kita mampu beri saingan pada sizen ni... sesi latihan sebelum ni lebih menumpukan pada fitness je... sebab tu dari 2 friendly yg kita main karathu hanya duduk di tempat penyokong je...mengikut kata ejen 016 abg cha... hehehhe.. baghu tadi start training taktikal... baghu tadi karathu ajor bab taktikalDan dari mulut2 player sendiri deme yakin dapat beri saingan dan top 6 adalah realistik bagi deme.. cuma nak menang cup mungkin susah sket....


List player kita, PERAK 2009 GK - Megat Amir Faisal - pernah menjadi pemain kebangsaan.GK - Abdul Rahman Ismail - mungkin tak dapat pelepasan dari polis sebab dia ni anggota polis..tempat beliau mungkin diganti oleh kiper presidenGK - Kamarul Effandy - pernah merasa bermain di senior ketika separuh akhir bertemu perlisDF - Arif Fadzlie - pernah bermain utk skuad utama sizen lepasDF - Chun Keng Hong - anggota skuad kebangsaan dan berpengalaman main banyak pasukanDF - S.Subramaniam © - regular national squadDF - Syazwan Roslan - pernah merasa bermain dlm super league ketika di pinjamkan ke pasukan perlis sizen lepehDF - Mohd Hafiz Rahman -DF - Varathan a/l Arumugan - bekas pemain utama shahzan mudaDF - Benedict Martin - bekas pemain u20 malaysiaDF - K.Puvinderan - pemain utama penang sizen lepasDF - Mohd Fauzi Ariffin - pemain u20 malaysiaMF - Mohd Nazri Kamal - pemain muda paling menyerlah buat masa ini..permainan mirip seperti m nagaraja duluMF - Mohd Arsyah Ayob - bekas pemain kebangsaanMF - Mohd Nor Hazrul - pemain u20 malaysiaMF - Muhd Zafran Olibullah - pernah di panggil ke kem kebangsaanMF - Mohd Hafiszuan SalehuddinMF - Zahiruddin Mohd Sabri - bekeh kapten skuad ssbj dan presiden perakMF - Isma Alif SalimFW - Razali Umar - penyerang harapan sizen lepehFW - K.Thinagaran - bekas pemain upb myteamFW - Mohd Saufi Sa’adi - bekeh pemain kelantan..dan mengikut kata2 player seorg pemain yg mempunyai kualiti kawalan bola yg baik dan shooting yg bagusFW - Shahrizal Saad - bekas pemain u20 malaysia


Head Coach : M KarathuCoach : Raja AzlanCoach ( Goalie ) : Tay Sin Kiat



Dari game friendly yg awok tgk baghu2 ni...nampak kita masih belum tersusun lagi.... mungkin sebab kita masih di fasa pertama.. iaitu fasa fitness baghu.. taktikal tak masuk lagi.. tapi nampak la ada improvement dari lawan navy hari tugame baru ni banyak player2 utama dok kat tepi je.. heheheh


Tapi ada 2 3 org yg menarik perhatian awok..mohd nazri kamal ato lebih di kenali jeli oleh player2... kawalan bola cukup baik.... beghani nak pegang bola dan beat oghang.. cukup lincah dan lucah... hehehfauzi ariffinpemain utama skuad b20 malaysia dia ni... bagi awok, awok beghani kate yg kita dah jumpa pengganti choi... dia ni tenang je bila dapat bola... dan banyak kali gak la senang2 je dia beat lawan kat bawoh tu... dan dia ni mcm subra gak boleh main semuat tempat kat defend..benedict martinlaju dan pantas... tackle kemas... bantu attacking gak bagus... cepat turun.....zahirseorg playmaker yg bagus.. cepat buka ruang pada striker dan wing.. vision permainan yg bagus.. cuma kurang persefahaman je lagiyg lain2 awok tak peghasan sgt sebab lwn kia baghu ni dah ghope nak berpeghang je... hehehhe

Monday, November 24, 2008

antoo fighter!! best wo!!



Nak tengok ke filem antoo fighter? rasanyer kita semua kena tengok la kot..waalaupun sibuk ngan induksi ni, tapi tak melepaskan peluang nak tau citer yang mcm best nie...citernyer lebih kurang best ler cam citer barat..ha..ha...citernyer camni....Apa yang akan terjadi, Apabila seorang lelaki yang sentiasa huru-hara hidupnya. Tapi telah dipilih oleh takdir untuk menjadi superhero yang menyelamatkan dunia?. Dan dalam usaha untuknya itu , beliau bersama-sama teman-teman yang poyo dan naif ,harus menjadi satu kumpulan Superhero yang berani. Hasil gabungan mereka inilah menjadi sebuah cerita yang membuatkan korang smua pasti tidak kering gusi ketawa.ha..ha...ha..(sambil ketawa la ni...)

Antoo Fighter ni sebuah filem komedi serius dari pengarah berbakat iaitu saudara Azizi 'Chunk'. Dia guna teknik CGI hampir sebanyak 70 peratus. fuh!!dasat tu...Antoo Fighter ,ni kira kelahiran semula kepada filem-filem lama yang menjadikan tema 'HANTU ',sebagai tema untuk melihat kebaikan melawan kejahatan. Tetapi dalam masa yang sama menjadi modal bahan jenaka.memang lawak tahap cipan wei!!

Jalan ceritanya amat mudah, iaitu tentang sekumpulan Makhluk dan Hantu-hantu dizaman dahulu yang diketuai Drakulat Van Listerooy, kembali mengganas dan bermaharajalela dizaman ini selepas mereka terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu. Namun kejahatan hantu-hantu menjadi bahan ketawa, apabila melihat kejahatan mereka dipenuhi dengan sifat jenaka dan kedunguan.nak tau seterusnya??mana bleh...g beli tiket tgk ler sendiri...bukan mahalpun..(promosi nie..)k lah...kalau dah tgk nanti jgn lupa komen yer..bye..tata titi tuu.wassalam..