Monday, November 24, 2008

antoo fighter!! best wo!!



Nak tengok ke filem antoo fighter? rasanyer kita semua kena tengok la kot..waalaupun sibuk ngan induksi ni, tapi tak melepaskan peluang nak tau citer yang mcm best nie...citernyer lebih kurang best ler cam citer barat..ha..ha...citernyer camni....Apa yang akan terjadi, Apabila seorang lelaki yang sentiasa huru-hara hidupnya. Tapi telah dipilih oleh takdir untuk menjadi superhero yang menyelamatkan dunia?. Dan dalam usaha untuknya itu , beliau bersama-sama teman-teman yang poyo dan naif ,harus menjadi satu kumpulan Superhero yang berani. Hasil gabungan mereka inilah menjadi sebuah cerita yang membuatkan korang smua pasti tidak kering gusi ketawa.ha..ha...ha..(sambil ketawa la ni...)

Antoo Fighter ni sebuah filem komedi serius dari pengarah berbakat iaitu saudara Azizi 'Chunk'. Dia guna teknik CGI hampir sebanyak 70 peratus. fuh!!dasat tu...Antoo Fighter ,ni kira kelahiran semula kepada filem-filem lama yang menjadikan tema 'HANTU ',sebagai tema untuk melihat kebaikan melawan kejahatan. Tetapi dalam masa yang sama menjadi modal bahan jenaka.memang lawak tahap cipan wei!!

Jalan ceritanya amat mudah, iaitu tentang sekumpulan Makhluk dan Hantu-hantu dizaman dahulu yang diketuai Drakulat Van Listerooy, kembali mengganas dan bermaharajalela dizaman ini selepas mereka terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu. Namun kejahatan hantu-hantu menjadi bahan ketawa, apabila melihat kejahatan mereka dipenuhi dengan sifat jenaka dan kedunguan.nak tau seterusnya??mana bleh...g beli tiket tgk ler sendiri...bukan mahalpun..(promosi nie..)k lah...kalau dah tgk nanti jgn lupa komen yer..bye..tata titi tuu.wassalam..

No comments: